Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Assalamualaikum. Apa khabar?
Saya rasa, ramai dikalangan pembaca blog ni yang masih bujang dan mula merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Sebelum anda pergi lebih jauh, jangan lupa untuk menghadiri Kursus Pra-perkahwinan yang wajib dihadiri oleh setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di Malaysia.
Kami sendiri telah menghadiri kursus ini lebih awal, iaitu pada penghujung tahun 2009 yang lalu. Sebenarnya tak susah untuk menghadiri kursus perkahwinan ni, penganjur biasanya mengadakan kursus pada setiap hujung minggu. Jadi tiada sebab untuk anda melengahkan untuk menghadiri kursus kahwin ini.
Kami sendiri menghadiri kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh syarikat Al-Shahir yang bertempat di Kompeks Kejiranan Presint 16 Putrajaya. Lokasinya anda boleh rujuk di bawah ini:
View Kompleks Kejiranan Presint 16 in a larger map
Bayaran yang dikenakan hanya RM80 seorang, ianya merangkumi 4 kali makan termasuk makan tengah hari beserta sijil yang boleh diambil pada minggu seterusnya.
Selepas anda membaca perkongsian ini, jangan tunggu lama-lama. Tetapkan tarikh untuk menghadiri kursus kahwin anda sekarang juga, jangan suka lakukan perkara “last minute” seperti orang lain…
Jadual Kursus Pra-Perkahwinan yang dianjurkan oleh syarikat Al-Shahir anda boleh muat turun di sini. => Jadual Kursus Kahwin

0 Responses to “Kursus Kahwin”